Operasi SAR cari lelaki hilang

JBPM dengan kerjasama polis dan orang awam menjalankan operasi mencari dan menyelamat. - Foto: JBPM Pahang
JBPM dengan kerjasama polis dan orang awam menjalankan operasi mencari dan menyelamat. - Foto: JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai hilang sejak jam 5 pagi tadi di Batu 11, Jalan Gambang di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikejarkan ke lokasi dilaporkan hilang sebaik menerima aduan jam 3.10 petang tadi.

"Pasukan SAR telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari dua anggota bomba, dua anggota polis dan dua orang awam.

"Pasukan kedua juga terdiri dari dua anggota bomba, dua anggota polis dan orang awam.

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui," katanya.

Menurutnya, lelaki tersebut berasal dari Batu 11, Jalan Gambang.

Artikel Berkaitan: