Isu pakaian jururawat bukti Pas masih kekal stereotaip lama - KJ

Khairy (Laporan Sinar Harian pada 15 Jun lalu.)
Khairy (Laporan Sinar Harian pada 15 Jun lalu.)
A
A
A

SHAH ALAM - Isu pakaian jururawat yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dalam sidang Parlimen baru-baru ini membuktikan Pas masih kekal dengan stereotaip lama dan jumud.

Menurut bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, masih terdapat banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebagai menteri yang memulakan kertas putih kesihatan sebelum ini. Saya nak ia dibentangkan kerana hendak bincang isu serius termasuk sistem kesihatan tak cukup pelaburan dan kekurangan kakitangan kesihatan.

“Ini yang buat saya geram kerana ia secara tidak langsung membuktikan Pas masih terbawa-bawa dengan stereotaip lama.

“Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah jelaskan bahawa pemakaian jururawat telah pun mematuhi standard syariah yang sepatutnya,” katanya dalam Program Keluar Sekejap pada Rabu.

Program tersebut dikelolakan olehnya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Wan Razali ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.

Beliau menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.

Khairy Jamaluddin dalam rancangan menambah, Pas kini semakin dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai ramai golongan profesional.

Bagaimanapun ujarnya, dengan hanya satu kenyataan, ia mampu mengubah pandangan rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu yang moderat.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM harap isu pakaian jururawat tidak terus diperbesar

Kritik pakaian jururawat, Wan Razali digesa mohon maaf

Majoriti berpendapat pakaian jururawat 'biasa jer'

'Pakaian jururawat wanita ketat, tak patuh syariah' - MP Kuantan

Hentikan prejudis, pakaian jururawat ikut spesifikasi khas WHO