AS, Singapura akan pulangkan RM930 juta dana 1MDB

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Singapura dilaporkan bersedia memulangkan dana RM930 juta yang didakwa disalahguna daripada 1MDB.

Bloomberg yang memetik sumber melaporkan, AS akan memulangkan AS$200 juta (RM828 juta) iaitu wang hasil jualan saham Hotel Park Lane, New York berjumlah AS$140 juta dan bayaran penyelesaian oleh pengeluar filem Hollywood sebanyak AS$60 juta.

Menurut sumber berkenaan, pemulangan wang tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Laporan akhbar perniagaan itu juga melaporkan, Singapura dijangka memulangkan kira-kira S$35 juta (RM106 juta) yang diserahkan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini merayu pelbagai negara membantu mendapatkan semula wang 1MDB sebanyak AS$4.5 bilion yang didakwa disalah guna.

Artikel Berkaitan: