PRN: Anak rantau Besut janji balik mengundi

Anak-anak yatim turut diraikan dalam Majlis Kesyukuran Gulai Kawoh Anok-Anok Besut D'Perak di Pejabat Kereta Sewa MME, Tanjung Rambutan di sini.
Anak-anak yatim turut diraikan dalam Majlis Kesyukuran Gulai Kawoh Anok-Anok Besut D'Perak di Pejabat Kereta Sewa MME, Tanjung Rambutan di sini.
A
A
A

IPOH - Komuniti Anak-Anak Besut di Perak tetap akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun baharu sahaja membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Mohd Sharmizi Mohd Nor berkata, biarpun berada jauh di perantauan, tanggungjawab sebagai rakyat untuk memastikan demokrasi di negara ini terus subur.

Jelas beliau, kesemua anak rantau sedang menanti tarikh mengundi sebelum mereka merancang untuk pulang ke kampung.

"Soal sokong siapa itu terpulang kepada masing-masing, yang pastinya kita mahu demokrasi di negara ini terus subur dan negeri kami dipimpin oleh pemimpin terbaik.

"Peluang ini akan kita gunakan untuk memilih kerajaan negeri yang terbaik. Walaupun kita berada di Perak, kita tetap mahukan kerajaan negeri kelahiran membangun dengan jayanya," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Gulai Kawoh Anok-Anok Besut D'Perak di Pejabat Kereta Sewa MME, Tanjung Rambutan di sini.

Mohd Sharmizi
Mohd Sharmizi

Sementara itu, Mohd Sharmizi berkata, komuniti diterajuinya itu tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti politik kepartian.

Katanya, komuniti berkenaan yang mula aktiviti pada tahun 2019 itu dicetuskan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak-anak rantau Besut.

Mengenai majlis kesyukuran itu, beliau menjelaskan ia merupakan kali kedua diadakan dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang.

Jelasnya, melalui program itu, anak-anak Besut di perantauan dalam bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.