Zakat fitrah NS RM7

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan pada tahun ini naik 50 sen menjadi RM7 berbanding sebelum ini RM6.50.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Mohamed Husein, merangkap Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri.

Katanya, bagi memberikan kemudahan yang terbaik kepada pembayar zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri ini akan membuka kaunter-kaunter kutipan zakat di seluruh Negeri Sembilan tujuh hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum di sepanjang bulan Ramadan ini.

Pembukaan kaunter ini adalah untuk memudahkan umat Islam menunaikan bayaran zakat fitrah dan zakat harta di waktu lapang.

"Perkara ini juga bertujuan untuk menampung kehadiran umat Islam yang kebiasaannya akan mengambil kesempatan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta sepanjang Ramadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Waktu urusan kaunter–kaunter kupitan zakat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan sepanjang Ramadhan ini dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ialah dari 9 pagi hingga 4 petang manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa ialah 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Perbadanan Baitulmal ini mengharapkan umat Islam di negeri ini dapat mengunjungi kaunter-kaunter kutipan zakat Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan berkaitan pengiraan zakat harta.

Selain di kaunter, pembayar zakat juga boleh membayar di pasaraya terpilih sekitar Seremban pada setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membayar zakat fitrah hanya kepada amil yang bertauliah.

Katanya, 1,200 amil negeri ini telah dilantik untuk bertugas di semua masjid dan surau seluruh negeri.

Artikel Berkaitan: