Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat mengesahkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.

Ahmad Faizal berkata, pengambilalihan jawatan itu antara lain bagi membantu persiapan akhir jentera pilihan raya PN negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

"Datuk Eddin Syazlee tetap di dalam struktur kepimpinan. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik.

"Usaha sekarang ialah untuk melibatkan kepimpinan pusat bagi menambah dan melicinkan perjalanan jentera parti,” katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun Ahmad Faizal enggan mengulas sebab Eddin Syazlee digugurkan daripada jawatan itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'Hanya pertukaran biasa, tiada isu' - Eddin Syazlee

Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan