Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh

SEMARANG - Tangisan tanpa henti bayi berusia sebulan membongkar kematian seorang ibu muda di Jawa Tengah, Indonesia.
Lebih menyayat hati, wanita tersebut dipercayai sudah meninggal dunia selama dua hari di sebuah rumah sewa di Desa Kutoharjo di daerah Pati.
Semasa ditemui, bayi tersebut dalam dakapan ibunya, manakala dua lagi anak yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh kaku wanita itu dalam keadaan lesu serta tidak bermaya akibat kelaparan.
Mangsa dikenali sebagai Budiati, 31, dan pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.