Seorang lagi suspek kes pukul operator kilang ditahan

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pukul seorang operator kilang di sebuah stesen minyak di Tanjung Kupang, Gelang Patah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam.

"Tindakan menahan suspek selepas dia bersama seorang lagi yang masih bebas diperlukan untuk siasatan berhubung susulan kes belasah dua pekerja kilang di Singapura pada Selasa lalu.

"Penahanan suspek itu menjadikan individu ditahan setakat ini seramai tiga orang selepas dua daripada mereka ditahan di Pasir Gudang jam 11.40 malam pada Rabu lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang operator kilang di Singapura warga tempatan berusia 21 tahun bersama rakannya dipukul sekumpulan lelaki mengguna topi keledar, Selasa lalu.

Tangkap skrin rakaman video dipercayai berkaitan kejadian tersebut yang tular di laman sosial.
Tangkap skrin rakaman video dipercayai berkaitan kejadian tersebut yang tular di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki ditahan pukul operator kilang

Dalam kejadian terbabit, mangsa luka di dahi selain bibirnya berdarah manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian di stesen minyak di Tanjung Kupang.

Artikel Berkaitan:

Susulan daripada itu, Bahagian Siasatan Jenayah Iskandar Puteri menahan dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, kelmarin.