Mizz Nina umum sudah berkahwin dengan Essam Muhammad

Mizz Nina memuatkan foto bersama suaminya yang berpakaian serba putih di laman Instagramnya pada Khamis.
Mizz Nina memuatkan foto bersama suaminya yang berpakaian serba putih di laman Instagramnya pada Khamis.
A
A
A

PENYANYI Mizz Nina berkongsi berita gembira memaklumkan selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang dikenali sebagai Essam Muhammad.

Majlis pernikahan pemilik nama Shazrina Azman, 43, itu diadakan secara tertutup dipercayai berlangsung di luar negara yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

"Saya baru-baru ini selamat bernikah bersama suami dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat," katanya yang mendedahkan berita gembira itu dalam hantaran di laman Instagram miliknya pada Khamis.

"Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah.

"Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing," katanya yang turut memuatkan foto bersama suaminya yang berpakaian serba putih.

Katanya, beliau teruja mereka berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dalam usaha dakwah.

Sementara itu, Mizz Nina berkata, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi.

"Kami bersyukur kepada Allah, dan menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda," katanya.

Mizz Nina sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Noh Salleh pada 2011 sebelum mengumumkan perceraian pada tahun lalu.