367 pelajar korban cuti rebut hadiah lebih RM16,000

SMK King Edward VII berjaya mengungguli tempat pertama diikuti SMK St George dan SMK Taman Tasik sempena Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama pada Ahad.
SMK King Edward VII berjaya mengungguli tempat pertama diikuti SMK St George dan SMK Taman Tasik sempena Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama pada Ahad.
A
A
A

TAIPING - Seramai 367 pelajar dari 12 sekolah di Parlimen Taiping menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan merebut hadiah keseluruhan bernilai RM16,400 yang disediakan sempena Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama pada Ahad.

Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Taiping itu julung kali diadakan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII menjadi tuan rumah.

Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, penganjuran pertandingan kuiz itu tercetus kerana mahu menyemai persefahaman dan mencari titik kebersamaan dalam kalangan masyarakat di peringkat usia muda.

Menurutnya, pertandingan dianjurkan itu juga memberikan pengalaman berbeza kepada pelajar kerana soalan yang disediakan luar konteks pembelajaran harian.

Seramai 367 pelajar sekolah di sekitar Parlimen Taiping menyertai pertandingan kuiz yang menawarkan hadiah lebih RM16,000 di SMK King Edward VII di sini pada Ahad.
Seramai 367 pelajar sekolah di sekitar Parlimen Taiping menyertai pertandingan kuiz yang menawarkan hadiah lebih RM16,000 di SMK King Edward VII di sini pada Ahad.

“Walaupun julung kalinya pertandingan ini diadakan, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dari pelajar dan pihak sekolah. Ini menunjukkan generasi muda kini berlumba-lumba untuk mengisi setiap ruang masa dengan ilmu serta pengalaman.

"Terdapat pelbagai elemen yang berjaya diterapkan kepada pelajar antaranya disiplin, menepati masa, berdaya saing dan berpengetahuan. Melalui setiap aspek ini, kita mampu melahirkan generasi muda yang bersedia memikul tanggungjawab untuk memacu negara ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Individu A iaitu pelajar Tingkatan Empat dan Lima serta Individu B bagi pelajar Tingkatan 6 manakala satu lagi kategori ialah sekolah.

Bagi kategori Individu A dan B hadiah utama bagi johan melibatkan pemberian wang tunai bernilai RM1,500 diikuti RM1,000 untuk naib johan serta RM700 tempat ketiga manakala 10 pelajar lagi diberikan saguhati berupa wang tunai RM200 setiap seorang.

Tempat pertama bagi Kategori A dimenangi Tay Yu Qian dari SMK St George, tempat kedua dimenangi Chee Kar Fai dari SMK King Edward VII dan tempat ketiga pula dimenangi Lai Ah Guan (SMK St George).

Seramai 367 pelajar sekolah di sekitar Parlimen Taiping menyertai pertandingan kuiz yang menawarkan hadiah lebih RM16,000 di SMK King Edward VII di sini pada Ahad.
Seramai 367 pelajar sekolah di sekitar Parlimen Taiping menyertai pertandingan kuiz yang menawarkan hadiah lebih RM16,000 di SMK King Edward VII di sini pada Ahad.

Kategori B pula menyaksikan pelajar dari SMK King Edward VII, S Meghavahini memenangi tempat pertama diikuti Hoo Xuan Wei (SMK King Edward VII) dan tempat ketiga dimenangi Nor Afiq Nor Nazran (SMK Kamunting).

Sementara itu, bagi kategori sekolah pula, SMK King Edward VII yang juga tuan rumah mengungguli tempat pertama dengan membawa pulang RM3,000 diikuti SMK St George di tempat kedua yang menerima RM2,000 manakala SMK Taman Tasik di tempat ketiga mendapat RM1,000.