Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

BACHOK - Ibu kepada pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang, Muhammad Shahril Saidi, 18, yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia pada Sabtu.

Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang terlantar akibat penyakit saraf sejak empat tahun lalu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

Pengetua SMU Darul Iman, Noor Ruziana Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Belia mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu daripada guru yang berada di rumah Muhammad Shahril.