Kaki kucing putus tersepit di enjin forklift

Kedua kaki kucing ni terputus akibat tersepit di enjin sebuah forklift.
Kedua kaki kucing ni terputus akibat tersepit di enjin sebuah forklift.
A
A
A

BALAKONG - [DIKEMASKINI] Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seekor kucing yang tersepit di enjin sebuah forklift di sebuah kilang di Taman Taming Jaya di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi.

"Sepasukan enam anggota dan pegawai dari BBP Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati dua kaki kucing itu sudah terputus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan haiwan itu.

"Kita juga telah membuat rawatan kecemasan pada kucing yang dianggarkan berusia 2 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan: