Ribut Siklon Fani: India pindah 800,000 penduduk

Ribut Siklon Fani dijangka landa pantai timur India pada Jumaat.
Ribut Siklon Fani dijangka landa pantai timur India pada Jumaat.
A
A
A

BHUBANESWAR - INDIA. India memindahkan hampir 800,000 penduduk di pantai timur negara ini sebelum ribut siklon kuat dijangka tiba pada Jumaat.

Ribut Siklon Fani di Teluk Bengal dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer sejam dijangka melanda Odisha pada sebelah petang.

Jurucakap jabatan bencana memberitahu seramai 780,000 penduduk dari 13 daerah di Odisha sudah dipindahkan ke kawasan selamat.

Kira-kira 1,000 pusat pemindahan dibuka di sekolah dan bangunan kerajaan bagi menampung lebih sejuta penduduk.

Kekuatan Ribut Siklon Fani disamakan dengan taufan dalam kategori tiga hingga empat.

Ia ribut kuat keempat yang melanda pantai timur India dalam tempoh 30 tahun.- AFP

Artikel Berkaitan: