Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Tampin di sini pada Rabu lalu.
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Tampin di sini pada Rabu lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Tampin di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.

"Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Balai Polis Senawang telah berjaya menahan suspek berusia 38 tahun itu yang turut merampas sebuah lori mengandungi komponen kenderaan.

"Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah dan direman selama lima hari sehingga Isnin ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, usaha mengesan dua lagi individu yang disyaki terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta melaporkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Norseli Ibrahim di talian 019-3020511," katanya.