Penyanyi legenda Bossa Nova meninggal dunia

Astrud Gilberto
Astrud Gilberto
A
A
A

PENYANYI Brazil Astrud Gilberto meninggal dunia pada Isnin pada usia 83 tahun di rumahnya di Philadelphia di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

"Saya tampil membawakan anda berita sedih bahawa nenek saya meninggal dunia hari ini," kata Sofia Gilberto, cucu perempuan "Ratu Bossa Nova" di Instagram, lapor Agensi Anadolu.

"Pada usia 22 tahun, beliau menyanyikan lagu 'Girl from Ipanema' versi Inggeris dan meraih kemasyhuran antarabangsa.

"Lagu Bossa Nova itu menjadi lagu kedua paling banyak dimainkan di seluruh dunia terutamanya kerana beliau. Saya sayang dan akan mencintai Astrud selama-lamanya dan beliau adalah wajah serta suara Bossa Nova di kebanyakan negara dunia," tulisnya.

Astrud Evangelina Weinert dilahirkan pada Mac 1940 dan dibesarkan di Rio de Janeiro, tempat dia bertemu Joao Gilberto, suaminya. Pasangan itu berpindah ke AS pada tahun 1963 dan memulakan kerjaya muziknya pada usia 22 tahun.

Beliau merakamkan sekurang-kurangnya 15 album sepanjang kerjayanya dan menjelajah dunia. - Bernama.