Sherry Ibrahim nafi sakit

Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat. Foto Instagram sherryibrahim
Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat. Foto Instagram sherryibrahim
A
A
A

PELAKON Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat.

Menurut Sherry, keratan artikel yang memaparkan gambar wajahnya dalam keadaan pucat itu hanyalah gambar lama.

“Terima kasih untuk semua doa anda, saya okay. Jangan judge. Itu gambar lama dan dorang membuat perbandingan dengan gambar yang masa tu solekan saya buruk, saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.

“Jadi banyak benda yang membuatkan saya lemau. Saya sihat sahaja. Saya sayang anda semua,” ujarnya dalam kenyataan di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Sherry menjadi tular apabila foto yang merakamkan wajahnya kelihatan pucat serta perubahan bentuk badan yang semakin susut membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status kesihatan aktres cantik ini. - Awani