Sarawak cadang pembinaan perkhidmatan kereta api rentas Borneo

Abang Johari - Foto Bernama
Abang Johari - Foto Bernama
A
A
A

LAWAS - Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan itu telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan di sini pada Sabtu.

"Ini adalah projek kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan...Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.

"Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara,” katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat mengenai projek pembangunan di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan yang dilalui kereta api tersebut.

"Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik,” katanya. - Bernama