'Happy Hour' tawar hadiah menarik sepanjang PBAKL

Suasana di reruai Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) (Gambar kecil: Nurul Shahirah, Nur Izzati Aliah dan Siti Zulaika)

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah istimewa bagi pembelian sebanyak RM30 ke atas menerusi Program Happy Hour sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun.

Eksekutif Pemasaran Group Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, program tersebut diadakan pada jam 1 hingga 2 petang sepanjang PBAKL diadakan.

"Setiap hari kita sasarkan jumlah cabutan seramai 20 individu dan ia terbuka kepada semua pengunjung yang memenuhi syarat pembelian setiap buku minimum RM30.

"Jadi kita harap pengunjung rebut peluang sertai program selama satu jam ini untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nurul Shahirah berkata, orang ramai yang melakukan pembelian RM100 ke atas juga berpeluang menyertai cabutan bertuah sepanjang PBAKL diadakan malah ia tidak terhad serta terbuka kepada semua pengunjung.

Suasana di reruai Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Suasana di reruai Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Menurutnya, cabutan bertuah itu diadakan di reruai Karangkraf bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang pesta buku berkenaan berlangsung.

"Lebih istimewa, pengunjung yang sertai cabutan bertuah bagi pembelian RM100 juga boleh mengikuti program Happy Hour sekali gus membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak hadiah ekstra," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nurul Shahirah memaklumkan lebih banyak program menarik diadakan di reruai Karangkraf sepanjang PBAKL antaranya pertandingan mewarna dan sesi bersama penulis melalui ‘Meet & Greet’.

Sementara itu, pelajar universiti tempatan, Nur Izzati Aliah Mohd Sopiyuddin, 19, berkata, dia berasa teruja kerana ia merupakan pengalaman pertama kali datang ke pesta buku tersebut sekali gus memberi peluang kepada dirinya mendapatkan buku yang diingini.

Suasana di reruai Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Suasana di reruai Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

"Memang rambang mata untuk beli buku sebab banyak pilihan ditawarkan di sini.

"Lebih menarik perhatian saya adalah reruai Karangkraf kerana ada banyak karya yang bagus dan berkualiti dijual selain harga novel pun murah serendah RM10," ujarnya.

Bagi seorang pekerja pentadbiran, Siti Zulaika Umar, 31, berkata, dia tidak melepaskan peluang mengunjungi reruai Karangkraf bagi membeli koleksi novel seram yang dijual dengan harga berpatutan.

"Saya memang peminat koleksi novel seram dan kebanyakan buku keluaran karya dari Karangkraf ini mempunyai jalan cerita menarik malah harga lebih murah berbanding membelinya secara dalam talian," katanya.