Nilai kerugian jenayah komersil meningkat

Raja Shahrom menyampaikan sijil kecemerlangan kepada Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu pada perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, hari ini.
Raja Shahrom menyampaikan sijil kecemerlangan kepada Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu pada perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jenayah komersil di negeri ini mencatatkan penurunan pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, namun tetap membimbangkan apabila jumlah kerugian meningkat sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hanya 628 kes penipuan membabitkan Macau Scam, Love Scam, African Scam serta penipuan atas talian sepanjang tahun lalu berbanding 1,429 kes pada 2017.

"Namun nilai kerugian sepanjang 2018 dicatatkan jumlah besar iaitu RM52,655,667 berbanding tahun sebelumnya RM17,875,414.

"Daripada jumlah itu kes Macau Scam merekodkan kerugian yang terbanyak iaitu RM9,959,321 dengan 146 kes berbanding 2017 dengan jumlah RM3,291,342 bagi 185 kes," katanya.

Raja Shahrom berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya apabila dihubungi individu yang tidak dikenali.

“Kita bimbang walaupun bilangan ditipu berkurang, tapi masih ada yang terpedaya sehingga babitkan jutaan ringgit menerusi modus operandi yang begitu licik," katanya.

Artikel Berkaitan: