Terengganu tinggi kadar pengangguran

Mohd Azli (tengah), Rosli (tiga, kanan) dan Badrul Hisham (dua, kanan) melawat gerai peralatan teknikal yang terlibat dalam pameran di IKM Besut.
Mohd Azli (tengah), Rosli (tiga, kanan) dan Badrul Hisham (dua, kanan) melawat gerai peralatan teknikal yang terlibat dalam pameran di IKM Besut.
A
A
A

BESUT- Terengganu merupakan antara negeri mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di negara ini dengan catatan sebanyak 4.3 peratus pada tahun lepas.

Pengurus Job Malaysia Terengganu, Rosli Zakaria berkata, statistik tersebut masih tidak banyak berubah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, dua faktor dikenal pasti menjadi penyumbang utama kepada isu ini ialah kerana rakyat negeri ini ramai yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan berpendidikan tinggi.

“Kelulusan mereka tidak setara dengan pekerjaan yang dimohon yang kebanyakannya hanya memerlukan kelayakan STPM ke bawah sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat kerja.

“Faktor seterusnya ialah ramai dalam kalangan penduduk negeri ini tidak mahu bekerja di luar Terengganu sedangkan peluang pekerjaan banyak ditawarkan di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Techinal & Digital Career Fair Institut Kemahiran Mara (IKM) Mara Besut yang disempurnakan Pengarah Mara Terengganu, Mohd Alzi Sobi di institusi tersebut di sini hari ini.

Hadir Pengarah IKM Besut, Badrul Hisham Mohamad Yatim dan Timbalan Pengarah 1, Cawangan Perhubungan Luar Antarabangsa Bahagian Kemahiran dan Teknikal Mara, Khairul Hisham Abd Kadir.

Artikel Berkaitan: