Kepulan asap di HSA bukan kes kebakaran

Tular gambar yang memaparkan kepulan asap di HSA pada pagi Sabtu. - Foto codeblue.galencentre.org
Tular gambar yang memaparkan kepulan asap di HSA pada pagi Sabtu. - Foto codeblue.galencentre.org
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Insiden tular kepulan asap di bilik High Voltage di antara Bangunan Induk dan Bangunan Poliklinik Hosptial Sultanah Aminah Aminah (HSA) di sini pada Sabtu berpunca daripada pengaktifan sistem pemadam kebakaran jenis Aerohub yang digunakan untuk keselamatan fasiliti di hospital berkenaan.

Menurut satu kenyataan media daripada pihak HSA, insiden kepulan asap berkenaan berpunca daripada false alarm sistem berkenaan dan telah menyebabkan gas aerosol dibebaskan.

“Pihak HSA mengambil maklum mengenai artikel mengenai kepulan asap berkenaan dan telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup bekalan elektrik TNB ke punca bekalan masuk utama elektrik (main intake no.1).

“Tujuannya adalah untuk menjalankan siasatan lanjut pada punca pengaktifan sistem pemadam kebakaran berkenaan.

“Hasil perbincangan antara pihak pengurusan dan jurutera HSA syarikat konsesi dan TNB, langkah memutuskan bekalan elektrik ke punca bekalan utama elektrik dan menyediakan janakuasa mudah alih (portable generastor set) semasa pemeriksaan telah dilaksanakan,” menurut kenyataan berkenaan.

Difahamkan, insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dan sistem UPS dan Janakuasa Tunggu Sedia hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

Selain itu unit keselamatan HSA turut bekerjasama bagi memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat.

Sementara itu, pihak HSA mengambill positif artikel tersebut dan pemeriksaan serta rondaan berkala dilaksanakan bagi memantau fungsi peralatan dan bekalan elektrik serta air di fasiliti berkenaan berada dalam keadaan yang baik.

“Pihak pengurusan HSA bersama pihak konsesi sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan terhadap peralatan yang uzur atau rosak termasuk menaik taraf sistem bekalan elektrik di hospital serta memastikan aktiviti penyelenggaraan di hospital dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Pihak pengurusan juga sentiasa cakna dan berusaha dalam memastikan keselamatan tempat bertugas kepada semua anggota serta gangguan pada aktiviti perawatan pesakit menjadi keutamaan HSA di mana kita juga sentiasa berusaha meningkatkan imej hospital dalam memberikan perawatan yang terbaik,” menurut kenyataan media itu lagi.