Syarikat dikecam gara-gara iklan berbaur perkauman

Iklan syarikat Cynet Systems yang disifatkan berbaur perkauman.
Iklan syarikat Cynet Systems yang disifatkan berbaur perkauman.
A
A
A

VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah firma pengambilan pekerja dari Amerika Syarikat (AS) dituduh mengamalkan perkauman gara-gara memuat naik iklan jawatan kosong yang mengutamakan calon kulit putih.

Syarikat Cynet Systems dilaporkan memuat naik iklan kekosongan jawatan pengurus akaun yang berbaur perkauman di beberapa laman sesawang seperti LinkedIn.

Dalam iklan tersebut dinyatakan, calon yang ideal adalah mereka yang berkulit putih dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam bidang berkaitan termasuk teknologi maklumat (IT).

Iklan tersebut menjadi tular setelah disebarkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Helena McCabe.

Ia menerima kecaman daripada orang ramai dan ada di antara mereka keliru kerana kedua-dua ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan, Nikhil Budhiraja dan Ashwani Mayur adalah warga AS berketurunan India.

Cynet Systems kemudian memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku dan memaklumkan pekerja yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan terbabit telah dipecat. - Agensi

Artikel Berkaitan: