Kuasa, kekayaan khazanah harus diguna bangun Malaysia - PM

Anwar berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad. - Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kuasa dan kekayaan khazanah negara harus digunakan untuk membangun semula Malaysia agar muncul sebagai gergasi ekonomi baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia masih berada dalam landasan yang kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku tahun pertama tahun ini, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

"Pertumbuhan tersebut adalah antara yang terbaik di rantau ini iaitu sebanyak 5.6 peratus berbanding China pada 4.5 peratus, Indonesia pada 5.0 peratus dan Vietnam pada 3.3 peratus," beliau berkata demikian semasa amanat perdana di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini pada Ahad.

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, Malaysia turut mencatatkan kadar inflasi yang rendah berjumlah 3.6 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding negara serantau.

Beliau menegaskan, kerajaan komited untuk membangunkan semula Malaysia dan membela nasib rakyat dengan kerjasama daripada kabinet bagi menarik lebih banyak pelaburan luar ke dalam negara.

Ia terbukti dengan pelaburan digital berkualiti oleh Amazon Web Services, yang bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion, tambahnya.

Selain itu, kerajaan turut menarik beberapa pelaburan lain termasuk komitment pelaburan RM170.0 bilion dari China, katanya.

"Ini ertinya good governance dan rundingan yang tidak meletakkan komisyen untuk menteri dan keluarga mereka. Ini maknanya ease and speed of doing business yang harus kita tetapkan agar negara ini muncul semula sebagai gergasi di rantau ini," kata Anwar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal