Zahid yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mampu lepasi PRU16

Ahmad Zahid ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di WTC KL pada Ahad. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Ahmad Zahid ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di WTC KL pada Ahad. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Dua puluh lima tahun yang lampau, di Dewan Merdeka ini menyaksikan insan yang bersama-sama dengan kita telah diaibkan, dizalimi. 25 tahun kemudian, insan itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah Perdana Menteri Malaysia,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah beliau, pemilihan Dewan Merdeka bukan hanya sekadar mengadakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, malahan realitinya adalah membentuk politik baharu iaitu Kerajaan Madani.

Jelasnya, konvensyen yang menggabungkan 19 parti itu juga sedang melakar masa hadapan politik yang menjunjung kemajmukan, kepelbagaian selain mempertahankan keindukan dan mengukuhkan perlembagaan.

“Dulu ramai atas pentas sangat fobia dengan Dewan Merdeka, itu dulu, sekarang realitinya kita telah bentuk politik baharu. Dulu ada yang memandang warna merah dan biru sangat fobia. Hari ini, tidak ada warna berbeza, warna kita warna putih.

“Ini memperlihatkan bahawa kita sedang melakar masa depan politik,” katanya semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Selain itu, beliau yakin bahawa sekiranya idealisme yang dibawa oleh Anwar dapat diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar yang baik, Kerajaan Perpaduan mampu melepasi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Tambahnya, Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak akan memandang ke belakang dan akan terus bergerak bagi memacu Malaysia sebagai sebuah negara yang ke hadapan.

“Jangan toleh ke belakang, di sana ada orang tidak suka dengan kita, pedulikan soal itu. Rakyat mahu kerajaan terus maju ke depan demi rakyat. Ini terbukti dalam tempoh enam bulan, inilah pemimpin bertaraf dunia yang harus kita sokong,” ujarnya.

Ahmad Zahid turut memohon agar Menteri Kewangan itu dapat membawa Malaysia ke barisan harapan antara negara ASEAN seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Anwar jangan khuatir, Fadillah (Datuk Seri Fadillah Yusof) dan saya, rakan-rakan kabinet pasti akan terus mendukung cita-cita murni di pentas antarabangsa. Biarpun UMNO dan BN hanya 30 kerusi, kami adalah pelengkap,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal