Musang binturong rupanya...

Anggota APM menangkap haiwan tersebut. Gambar kanan: Musang binturong berjaya ditangkap APM Baling
Anggota APM menangkap haiwan tersebut. Gambar kanan: Musang binturong berjaya ditangkap APM Baling
A
A
A
BALING - Kelibat haiwan berwarna hitam yang menggemparkan penduduk di Kampung Teluk Temelah rupanya musang binturong selepas ia ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, malam kelmarin.

Penduduk, Mohd Nazri Jamaluddin, 56, berkata, haiwan itu kelihatan di kawasan penduduk pada dua malam kebelakangan ini.

"Kami pun tak tahu haiwan apa, tengok hitam saja. Bila nampak manusia, ia lari masuk dalam daun pandan.

"Haiwan itu juga ada dilihat penduduk keluar di sekitar kolam berhampiran rumah penduduk," katanya.

Bimbang dengan keselamatan penduduk katanya, isterinya bertindak menghubungi APM.

"Pada malam tadi, isteri (Jurida Abdul Jalil, 50) segera hubungi APM ," katanya.

Jurida yang juga anggota APM Baling berkata, rata-rata penduduk meneka haiwan itu jebon.

"Sekarang ini penduduk lega sebab haiwan itu dah ditangkap," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai APM Baling, Leftenen (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, APM mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap haiwan tersebut.
Artikel Berkaitan:


"Setelah diperiksa ia didapati sejenis musang atau binturong. Haiwan ini akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.

"Orang ramai diminta berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

"Sekiranya terdapat kes kecemasan segera hubungi APM Baling di talian 04-4701626," katanya.