Messi, Argentina dapat pengiktirafan

Messi
Messi
A
A
A

KAPTEN skuad bola sepak Argentina yang menjuarai Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Laureus, manakala juara pecut Shelly-Ann Fraser-Pryce meraih penghormatan sama kategori wanita dalam majlis anugerah pada Isnin.

Messi juga menerima anugerah bagi pihak pasukan bola sepak lelaki Argentina, yang dinamakan Pasukan Terbaik Dunia selepas kejayaan di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sebagai rekod, penyerang Paris St Germain (PSG) berusia 35 tahun itu pernah memenangi anugerah itu sebelum ini, berkongsinya dengan pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton pada 2020.

Lebih manis Messi juga menjadi atlet pertama merangkul kedua-dua Anugerah Olahragawan Terbaik Dunia dan Anugerah Pasukan Terbaik Dunia pada tahun sama.

"Saya melihat nama-nama legenda luar biasa yang memenangi Anugerah Ahli Sukan Terbaik Laureus sebelum saya: Schumacher, Woods, Nadal, Federer, Bolt, Hamilton, Djokovic.

"Sejujurnya saya benar-benar tenggelam dalam kalangan terbaik yang sukar dipercayai dan apa pun pada saya satu penghormatan yang unik," kata Messi yang masih merupakan aset La Albiceleste.

Sebagai rekod, Fraser-Pryce dari Jamaica menikmati tahun 2022 yang cemerlang, termasuk memenangi emas 100m di Kejohanan Olahraga Dunia.

Dalam pada itu, pemain tenis Carlos Alcaraz, yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 dan naik ke nombor satu dalam ranking ATP juga mendapat penghormatan dalam majlis tersebut.

Christian Eriksen, yang pulih serangan jantung pada Euro 2021 untuk kembali Liga Perdana Inggeris bersama Brentford diikuti Manchester United sebelum bersaing bersama Denmark di Piala Dunia 2022, menerima Anugerah Kemunculan Kembali Terbaik Dunia Laureus.

Sebagai rekod, Calon Anugerah Sukan Dunia Laureus dipilih oleh media global, manakala pemenang ditentukan oleh 71 ahli Akademi Sukan Dunia Laureus. disampaikan setiap tahun sejak penubuhannya pada 2000.