Siti Bainun tiba di mahkamah

Siti Bainun (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.20 pagi pada Rabu.
Siti Bainun (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.20 pagi pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bersama peguamnya dilihat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi pada Rabu.

Beliau yang memakai baju berwarna krim sempat melambai petugas media sebelum masuk ke dalam lif.

Hari ini adalah keputusan sama ada beliau dibebaskan atau disabit kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom down dikenali sebagai Bella, akan diketahui di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Keputusan di akhir kes pembelaan ini akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.

Dalam prosiding lalu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas dan Shakira Aliana Alias.

Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.

Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini