[VIDEO] Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

Siti Bainun hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ini bermakna, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.

Susulan itu, mahkamah memberi peluang kepada peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhi hukuman.

Ketika ini, prosiding masih berlangsung dengan pembelaan menghujahkan mitigasi iaitu mengurangkan hukuman yang bakal dijatuhkan.