Utusan khas Korea Selatan, AS bincang ancaman Pyongyang

Pemandangan daerah Gaepung-gun di Zon Bebas Tentera (DMZ) di sebelah Korea Utara seperti yang dilihat dari Ganghwa, bandar Incheon, Korea Selatan. - Foto EPA
Pemandangan daerah Gaepung-gun di Zon Bebas Tentera (DMZ) di sebelah Korea Utara seperti yang dilihat dari Ganghwa, bandar Incheon, Korea Selatan. - Foto EPA
A
A
A

SEOUL - Utusan khas Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengadakan pertemuan di Seoul bagi membincangkan kaedah kerjasama untuk menangani ancaman nuklear dan ketenteraan Korea Utara, menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Selatan pada Ahad.

Sung Kim selaku utusan khas untuk AS mengadakan pertemuan dengan Kim Gunn pada Selasa di luar persidangan Asan Plenum 2023.

"Kedua-dua pihak berkongsi penilaian mereka tentang situasi keselamatan di Semenanjung Korea dan membincangkan tindak balas bersama terhadap ancaman nuklear Korea Utara,” lapor Agensi Berita Yonhap.

Selain itu, kedua-dua pihak juga sepakat untuk mengukuhkan penyelarasan mengenai Pyongyang bagi menghentikan provokasi dan kembali kepada rundingan penghapusan senjata nuklear berdasarkan perjanjian yang dicapai di sidang kemuncak Korea Selatan-AS yang diadakan di Washington minggu lalu.