Zeolite mineral bernilai tinggi

Abas menunjukkan zeolite berkualiti tinggi yang diimport
dari Indonesia.
Abas menunjukkan zeolite berkualiti tinggi yang diimport dari Indonesia.
A
A
A

SERDANG - Siapa sangka di sebalik kejadian gempa bumi, terdapat sejenis batuan mineral yang sangat bernilai tinggi dan ia terbentuk daripada komponen lahar gunung berapi berjuta tahun dahulu.

Zeolite merupakan mineral semula jadi yang mempunyai manfaat luar biasa untuk menyerap, kandung-lepas (hold release) dan menukar pelbagai bahan kimia, nutrien, racun dan ion mengikut keperluan semasa.

Kehebatan mineral itu mendorong bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Abas Mazni Othman untuk mengkajinya untuk dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan farmaseutikal.

Menurut Abas, zeolite mempunyai struktur jaringan kristaline yang mengandungi banyak bahan Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Potassium (P) dan juga mempunyai kandungan sodium yang amat rendah.

Beliau berkata, zeolite juga mampu menarik unsur logam berat melalui sistem bio-filternya. Ini bermakna mineral itu merupakan komponen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah.

“Jika tanah itu dicemari dengan unsur logam berat, zeolite inilah penawarnya,” kata Abas.

Penggunaan zeolite mampu menjadikan air jernih kerana sifatnya menarik benda dan elemen positif.
Penggunaan zeolite mampu menjadikan air jernih kerana sifatnya menarik benda dan elemen positif.

Tambah beliau, struktur molekul zeolite adalah berbentuk piramid kukuh dan mampu bertahan sehingga 1,000 tahun lamanya.

“Zeolite akan ‘pegang’ baja, air, kurangkan masam tanah sementara struktur lubangnya menjadi ‘hotel’ bagi bakteria baik.

“Sebab itu, zeolite boleh digunakan sebagai penapis air minuman, di dalam ternakan ikan dan udang untuk menyerap benda-benda kotor.

“Bau busuk najis haiwan seperti kambing, ayam, kucing pun akan hilang jika ditabur dengan zeolite ini,” katanya.

Menurut beliau, Zeolite mempunyai beberapa jenis namun kajian yang dilakukannya mendapati mineral yang terletak di sebuah lombong di Indonesia itu adalah terbaik di dunia.

“Di mana-mana di dunia, ada gunung berapi ada zeolite tetapi berbeza mengikut tahap kualiti,” ujarnya.

Dek keistimewaan itu, Abas yang kini berusia 68 tahun meluangkan masa selama beberapa tahun bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk pertanian dan kesihatan serta bahan kecantikan berasaskan zeolite.

“Daripada bahan mentah ini, saya buat pelbagai produk antaranya menyuburkan tanah, tanah campuran dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau yang kini mengusahakan The Plot yang terletak di Taman Expo Pertanian Malaysia (Maeps) berkata, bahan mentah itu dipecahkan menjadi saiz tertentu bergantung kepada keperluan dan fungsi.

Sebagai contoh, jelas beliau, penggunaan zeolite di dalam pasu atau tanaman tidak memerlukan siraman yang kerap.