Suhu di 9 kawasan dijangka meningkat ke 37 darjah Celsius

Peta menunjukkan kawasan berwarna kuning di negara ini yang berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).
Peta menunjukkan kawasan berwarna kuning di negara ini yang berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga).
A
A
A

SHAH ALAM - Suhu di sembilan kawasan di negara ini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) berikutan ianya boleh boleh meningkat sehingga 35 hingga 37 darjah Celsius.

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang Ahad memaklumkan sembilan kawasan itu ialah Kuala Terengganu, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Rompin dan Jempol.

"Manakala terdapat dua kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu di Beaufort dan Nabawan," katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.