AS tingkat amaran perjalanan ke Sri Lanka

Seorang anggota tentera berkawal di Gereja St. Anthony di Colombo ekoran siri pengeboman yang meragut lebih 250 nyawa pada Ahad lalu. - Foto AFP
Seorang anggota tentera berkawal di Gereja St. Anthony di Colombo ekoran siri pengeboman yang meragut lebih 250 nyawa pada Ahad lalu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meningkatkan amaran perjalanan ke Sri Lanka dan menggesa rakyatnya untuk tidak berkunjung ke negara itu ekoran siri letupan bom yang mengorbankan lebih 250 nyawa.

Sebagai langkah berjaga-jaga, jabatan terbabit turut mengarahkan semua ahli keluarga pekerja kerajaan AS terutama yang kanak-kanak untuk meninggalkan Sri Lanka ekoran kemungkinan berlaku lagi serangan.

"Kumpulan pengganas berkemungkinan masih terus merancang melakukan serangan di Sri Lanka dengan menyasarkan lokasi tumpuan pelancong seperti pusat beli belah, hotel, restoran dan juga tempat awam," kata kenyataan jabatan terbabit.

Sekurang-kurangnya 253 orang terkorban dan beratus lagi cedera dalam beberapa pengeboman yang menyasarkan tiga gereja dan hotel mewah pada 21 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puluhan maut dalam letupan di Sri Lanka

Berpuluh warga asing turut maut dalam serangan itu dan kerajaan menjangkakan jumlah pelancong luar negara ke Sri Lanka bakal berkurangan sehingga 30 peratus tahun ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara. - AFP

Artikel Berkaitan: