RUU Generasi Penamat Rokok tidak jejas ekonomi negara

Wendy semasa Wacana Sinar ke-399 bertajuk Generasi Penamat Rokok- Daripada Tiga Perspektif pada Selasa.
Wendy semasa Wacana Sinar ke-399 bertajuk Generasi Penamat Rokok- Daripada Tiga Perspektif pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Rokok tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Pakar Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Wency Bui Kher Thinng berkata, RUU tersebut hanya sekadar memastikan aktiviti penjualan aktiviti penjualan rokok ataupun vape terkawal.

Jelas beliau, ekonomi negara juga tidak bergantung sepenuhnya kepada aktiviti berkenaan.

“Perkara ini juga untuk memastikan keselamatan generasi kita daripada terdedah kepada bahaya yang ada di dalam barangan berkenaan. Difahamkan ramai anak muda yang menggunakannya.

“Jika berlaku sebarang impak buruk, kita membantutkan pertumbuhan produktif generasi akan datang,” katanya.

Wency berkata demikian semasa Wacana Sinar ke-399 bertajuk Generasi Penamat Rokok- Daripada Tiga Perspektif pada Selasa.

Turut serta sebagai panelis ialah pempengaruh media sosial, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan Yang Dipertua Ikram Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor.

Dalam pada itu, beliau menambah, RUU itu secara tidak langsung akan memberi kesan baik terhadap ekonomi pada jangka masa akan datang.

“Apabila kita berjaya melahirkan generasi yang sihat, ia sudah pasti dapat memangkin produktiviti nasional,” ujarnya.