Solat Aidilfitri dua kali: Imam tampil beri penjelasan

Mohd Fikir tampil memberi penjelasan berhubung isu solat sunat Aidilfitri dua kali Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut pada Sabtu lalu.
Mohd Fikir tampil memberi penjelasan berhubung isu solat sunat Aidilfitri dua kali Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut pada Sabtu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) tampil memberi penjelasan berhubung isu solat sunat Aidilfitri yang terpaksa dilakukan semula pada sabtu.

Imam berkenaan, Mohd Fikir Hamzah menerusi akaun TikToknya pada Ahad mengakui dia adalah imam yang bertanggungjawab hingga solat sunat Aidilfitri di masjid itu menjadi tular kerana terpaksa diulang semula.

Menurutnya, dia mengakui memang terlupa untuk mengangkat takbir lima kali pada rakaat kedua solat berkenaan namun meneruskan solat sehingga selesai.

"Selepas beri salam, saya berbincang dengan jemaah di saf pertama dan masing-masing beri pendapat ada yang kata terus khutbah dan ada kata buat solat semula, kemudian saya buat keputusan untuk bincang dengan semua jemaah.