Cuckoo lancar kempen ‘Ramadan-Raya Lawan Lesu’

Duta jenama Cuckoo, Lee Minho dan Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kameo dalam filem raya Cuckoo.
Duta jenama Cuckoo, Lee Minho dan Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kameo dalam filem raya Cuckoo.
A
A
A

JENAMA pencipta kediaman sihat, Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd mengambil pendekatan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat menerusi kempen Ramadan-Raya Cuckoo.

Kempen itu dibuat dengan penerbitan filem yang turut menyaksikan penampilan kameo artis tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan artis antarabangsa terkemuka Korea Selatan, Lee Minho.

Ketua Pegawai Pemasaran Cuckoo International, Queenie Goh berkata, filem raya berjudul ‘Menyelamatkan Kampung Bersama Bintang Pujaan’ itu dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan Cuckoo sebagai salah satu jenama pencipta kediaman sihat terunggul di Malaysia.

“Kempen Ramadan-Raya Lawan Lesu dengan Cuckoo ini akan membawa rakyat Malaysia dalam perjalanan untuk membongkar misteri penduduk kampung yang nampak lesu bagai zombi dan mencari penawar.

“Ia memberi inspirasi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier bagi menyambut hari raya yang lebih sihat dan ceria menerusi filem dan aktiviti-aktiviti kempen.

Dalam filem raya, ejen S.I.H.A.T. Cuckoo tampil membantu lawan lesu.
Dalam filem raya, ejen S.I.H.A.T. Cuckoo tampil membantu lawan lesu.

“Kempen ini mengambil inspirasi besar daripada pengalaman semasa pandemik, di manahari raya bukan sekadar perayaan, tetapi ia juga peringatan untuk kita kekal sihat supaya dapat berkumpul dan meraikannya bersama orang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Queenie, selain daripada filem raya, konsep filem itu juga telah diperluaskan merentasi pelbagai medium termasuk iklan sosial, digital, TV, papan iklan, lawatan media, penempatan radio dan promosi istimewa untuk produk Cuckoo.

Mesej-mesej yang digunakan juga konsisten sepanjang kempen iaitu untuk melawan lesu dengan Cuckoo.

Sempena kempen itu juga, Cuckoo menawarkan tiga tawaran menarik di bawah Promosi Untuk Lawan Lesu yang mampu dimiliki.

Trak bergerak telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor sebagai sebahagian kempen Ramadan-Raya Cuckoo.
Trak bergerak telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor sebagai sebahagian kempen Ramadan-Raya Cuckoo.

“Ia termasuklah penapis air daripada RM55 sebulan, penapis air dan penapis udara pada RM120 sebulan serta tilam Cuckoo A-Series daripada RM99 sebulan dengan pemberian rangka katil percuma.

“Sebuah trak bergerak juga telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor yang beraliran trafik tinggi, termasuk diatas jalan raya, pusat beli-belah serta bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen.

“Bagi sesiapa yang singgah di trak bergerak ini, mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menebus hadiah percuma dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000 termasuk sebuah penapis udara Cuckoo K Model,” jelasnya.

Bagi membantu rakyat Malaysia melawan lesu, Cuckoo juga telah menyediakan dua jenis kit kecemasan eksklusif iaitu Kit Kecemasan Anti Lesu dan Kit Kecemasan Anti Lesu versi mini.

Kit Kecemasan Anti Lesu ini jelasnya, boleh dimenangi menerusi peraduan media sosial yang akan diadakan manakala Kit Kecemasan Anti Lesu versi mini boleh ditebus menerusi cawangan Brandstore dan Brandkiosk tertentu di seluruh Malaysia.