Tak serik-serik buat jenayah

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Meskipun memiliki enam rekod jenayah lampau dan narkotik, seorang lelaki seolah-olah tidak serik apabila memecah masuk sebuah rumah di Site C, Sekinchan, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari anak penghuni rumah yang menjerit selepas ternampak kelibat suspek berusia 24 tahun dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dan sempat merampas sebuah telefon bimbit bernilai RM500.

"Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah itu selepas salah seorang penghuni membuka pintu belakang untuk mengangkat pakaian.

"Lelaki itu dipercayai memasuki rumah melalui pintu itu kerana tiada kesan umpil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Katanya, kegiatan suspek terbongkar apabila seorang rakannya dicekup ketika melakukan kegiatan mencuri kipas penghawa dingin di sebuah rumah di Sabak Bernam.

Beliau berkata, suspek kedua berusia 40 tahun itu dicekup pasukan polis yang menerima laporan mengenai seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah terbabit.

"Penahanan lelaki ini membongkar kegiatan dilakukan suspek pertama yang ditahan keesokannya di tepi jalan Kampung Sungai Labu, di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati kedua mereka positif morfin.

"Kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengiku Seksyen 379 dan 380 Kanun Keseksaan," katanya.