Majlis Santunan Kasih Ramadan meriah

Lokasi ke-13 anjuran KKDW dekati masyarakat desa

A
A
A

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar tahfiz.
Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar tahfiz.

MACHANG - Hampir 1,500 orang yang terdiri daripada pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat diraikan dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Transformasi lImu, Bukit Tiu, di sini pada Ahad.

Menariknya, Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini merupakan lokasi ke-13 sejak ia bermula pada 24 Mac lalu di Masjid Batu 8, Gombak, Selangor.

Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada Projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKOD) Kampung Batu Melintang, Jeli.
Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada Projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKOD) Kampung Batu Melintang, Jeli.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob turut hadir di majlis berbuka puasa itu.

Mailis berkenaan merupakan pendekatan turun padang yang dicetuskan oleh Ahmad Zahid bagi meninjau kemajuan dan pembangunan selain mendekati masyarakat desa di seluruh negara.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

Selain itu, agensi-agensi KKDW turut dilibatkan dalam program ini bagi memastikan keberadaan serta berperanan sebagai agensi yang membangunkan sosio-ekonomi masyarakat desa Malaysia Madani.

Hampir 1,500 orang yang terdiri daripada pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat diraikan di Pusat Transformasi lImu, Bukit Tiu, Machang pada Ahad.
Hampir 1,500 orang yang terdiri daripada pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat diraikan di Pusat Transformasi lImu, Bukit Tiu, Machang pada Ahad.

Di samping merapatkan jalinan ukhwah antara KKDW dengan masyarakat, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada pelbagai pihak meliputi komuniti setempat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masjid dan pusat tahfiz.

Persatuan PIBG SK Kampung Pek, Machang menerima sumbangan daripada Ahmad Zahid (empat,kanan).
Persatuan PIBG SK Kampung Pek, Machang menerima sumbangan daripada Ahmad Zahid (empat,kanan).

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan peralatan Projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKOD) kepada lima buah kampung bernilai RM50,000.

Pelajar-pelajar tahfiz turut diraikan bersama para tetamu lain.
Pelajar-pelajar tahfiz turut diraikan bersama para tetamu lain.

Selain itu, PIBG dari tiga buah sekolah turut menerima bantuan yang berjumlah RM30,000 hasil sumbangan Felcra Berhad.

Bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan, sumbangan zakat kepada asnaf sebanyak RM5,000 dan Kesedar (RM5,000) dalam bentuk bakul makanan juga disediakan.

Ahmad Jazlan (kiri) menyambut ketibaan Ahmad Zahid.
Ahmad Jazlan (kiri) menyambut ketibaan Ahmad Zahid.

Program pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadan mendapat sokongan oleh kerajaan dengan sumbangan sebanyak RM6,000 oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) beserta bantuan kain pelekat kepada pelajar Tahfiz Yakubiah yang turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000.