Bagus bantu selesai lebih banyak kes syariah di mahkamah

Ab Rahman Thobroni (dua dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Bagus Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Jumaat. (Gambar kecil: Adham Jamalullail)
Ab Rahman Thobroni (dua dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Bagus Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah Perak di sini pada Jumaat. (Gambar kecil: Adham Jamalullail)
A
A
A

IPOH - Pusat Bantuan Guaman Syarie (Bagus) yang diperkenalkan kerajaan membantu Jabatan Kehakiman Syariah Perak mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan syariah di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, ketika tempoh pandemik sebelum ini, banyak kes-kes perbicaraan membabitkan mahkamah syariah tertangguh.

Katanya, menerusi Bagus, golongan kurang berkemampuan seperti B40 dalam menggunakan khidmat peguam bagi menyelesaikan kes-kes mereka di mahkamah.

"Saya percaya Ini adalah satu langkah promosi Bagus kepada masyarakat khususnya di negeri Perak dan bagus ini juga akan membantu golongan B40 untuk mendapatkan khidmat peguam syarie apabila mereka menghadapi kes di mahkamah syariah.



"Kita akui selama ini hanya tiga peratus sahaja klien yang berurusan di mahkamah syariah menggunakan khidmat peguam.

"Tetapi dengan adanya khidmat Bagus ini saya percaya mereka boleh dapat khidmat peguam untuk membantu mereka mengemukakan kes atau menuntut keadilan di mahkamah syariah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bagus Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di sini pada Jumaat.

Sementara itu dalam ucapannya, Ab Rahman Thobroni berkata, pada tahun lalu, jabatan berkenaan berjaya menyelesaikan 78 peratus kes-kes perbicaraan yang tertunggak.

Katanya, saban tahun pihak jabatan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) antara yang utama adalah penyelesaian kes tahun semasa Mal sebanyak 85 peratus dan penyelesaian bagi kes jenayah semasa juga sebanyak 75 peratus.

Menurutnya, penyelesaian kes-kes terkebelakang iaitu kes tertunggak, bagi kes mal disasarkan sebanyak 85 peratus, kes jenayah (75 peratus), penyelesaian kes-kes faraid dalam tempoh 6 bulan (95 peratus) serta penyelesaian kes-kes berkaitan dengan perceraian yang melebihi 12 bulan hendaklah mencapai 95 peratus.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perak, Adham Jamalullail Ibrahim berkata, program Bagus telah dimulakan sejak awal tahun ini dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Katanya, sehingga kini lebih kurang 40 kes telah dibantu melalui 15 peguam yang dilantik untuk mengendalikan kes berkenaan.

Beliau berkata, dalam masa sehari pihaknya pernah menerima sehingga 25 orang yang mahukan konsultasi berkaitan kes-kes yang dihadapi mereka terutama membabitkan kes perceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Jelasnya, orang ramai yang berminat boleh membuat temu janji dan mendapatkan khidmat Bagus menerusi laman sesawang https://www.baguspgsm.com.my/