Bomba bantu selamatkan pemandu lori tersepit

Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit selepas bertembung dengan sebuah lagi lori di Plaza Tol LKSA Alam Impian, dekat sini pada Jumaat.
Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit selepas bertembung dengan sebuah lagi lori di Plaza Tol LKSA Alam Impian, dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori yang tersepit di bahagian pemandu selepas terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol LKSA Alam Impian, di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.18 pagi mengenai nahas melibatkan sebuah lori lima tan dan lori membawa muatan pasir.

Katanya, kenderaan mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan pasir berhampiran pondok Plaza Tol LKSA Alam Impian, menghala Shah Alam

Ujar beliau, akibat kemalangan itu, pemandu lori lima tan, Roshanizam Awang, 45, tersepit di bahagian pemandu, manakala pembantunya warga Nepal, B K Man Raj, 35, berjaya keluar daripada lori.

Petugas kesihatan memberi rawatan dan mempersiapkan mangsa untuk dibawa ke HTAR, setelah terlibat dalam satu kemalangan di Plaza Tol LKSA Alam Impian, dekat sini pada Jumaat.
Petugas kesihatan memberi rawatan dan mempersiapkan mangsa untuk dibawa ke HTAR, setelah terlibat dalam satu kemalangan di Plaza Tol LKSA Alam Impian, dekat sini pada Jumaat.

"Ketika pihak bomba sampai di tempat kejadian, hanya lori lima tan berada di lokasi kejadian, manakala lori membawa muatan pasir telah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

"Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori lima tan tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang lagi bertindak keluar bersendirian sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, kedua-dua mangsa termasuk pemandu yang cedera ringan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).