Penuntut IPTS maut motosikal rempuh kereta

Gambar kemalangan melibatkan motosikal mangsa dengan kereta Perodua Bezza yang tular di Facebook.
A
A

SHAH ALAM - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang 3 Persiaran kayangan-Persiaran Raja Muda, di sini pagi tadi.

Menurut sumber polis, sebelum kejadian kira-kira jam 9.11 pagi itu, mangsa, Muhamad Faiz Nor Hisham, 20 menunggang motosikal jenis Honda CBR dari arah Persiaran Kayangan menghala ke Seksyen 7.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika tiba di lokasi, mangsa melanggar sebelah tepi kiri kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan.

"Kenderaan itu dipandu masuk ke simpang sebelah kanan menghala ke Persiaran Raja Muda.

Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian.
Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian.

"Rempuhan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sejauh tiga meter dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Menurutnya, mangsa beralamat dari Bandar Tasik Puteri, Rawang itu disahkan mati di lokasi kejadian, sementara pemandu kereta terbabit dan seorang penumpang wanita berusia 38 tahun dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.