AIM tawar pinjaman RM15,000 sempena Ramadan

Amiruddin (tengah) bersama sebahagian besar ahli AIM Kubang Pasu menunjukkan simbol empat sebagai simbolik sasaran AIM untuk mendaftarkan sehingga 400,000 ahli sehingga hujung tahun 2019.
Amiruddin (tengah) bersama sebahagian besar ahli AIM Kubang Pasu menunjukkan simbol empat sebagai simbolik sasaran AIM untuk mendaftarkan sehingga 400,000 ahli sehingga hujung tahun 2019.
A
A
A

JITRA - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melancarkan tawaran khas bagi skim pinjaman i-Wibawa dengan had maksimum pinjaman ditingkatkan sehingga RM15,000 sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tawaran khas AIM dengan peruntukan berjumlah RM26.72 juta ini, ditawarkan kepada usahawan di bawah naungan Sahabat AIM bagi menggiatkan lagi aktiviti perniagaan menjelang musim perayaan nanti.

“Peningkatan had pinjaman daripada RM5,000 kepada RM15,000 ditawarkan bagi tempoh dua bulan (April dan Mei) kepada Sahabat AIM yang memenuhi syarat yang ditetapkan”.

“Justeru, saya berharap dengan peningkatan kadar pinjaman ini dapat membantu Sahabat mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan bagi membantu persiapan menyambut hari raya Aidilfitri nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar Ramadan 2019 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, di sini.

Amiruddin melancarkan skim pinjaman i-Wibawa dengan had maksimum pinjaman ditingkatkan sehingga RM15,000 sempena kedatangan Ramadan.
Amiruddin melancarkan skim pinjaman i-Wibawa dengan had maksimum pinjaman ditingkatkan sehingga RM15,000 sempena kedatangan Ramadan.

Skim i-Wibawa merupakan pinjaman mudah kepada Sahabat AIM yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau dalam tempoh masa singkat.

Pada majlis sama, Amiruddin turut menyampaikan Sumbangan Iftar Ramadan AIM berbentuk barangan makanan asas yang bernilai RM97,800 kepada 489 orang Sahabat AIM di Kubang Pasu.

“Semoga dengan penyerahan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima untuk mereka memenuhi tuntutan ibadah sepanjang Ramadan dan seterusnya memberi sinar kepada mereka dalam menghadapi Syawal yang bakal menjelang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting, Pengarah Urusan AIM, En. Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ahli Lembaga serta barisan pengurusan AIM.