Kelantan cadang tutup pasar sehari setiap bulan

Ahmad menyembur lantai di dataran tersebut sebagai gimik pelancaran kempen hari ini.
Ahmad menyembur lantai di dataran tersebut sebagai gimik pelancaran kempen hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan mencadangkan supaya semua pasar di negeri ini ditutup sehari pada setiap bulan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu diambil bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tumpuan ramai di seluruh negeri terutamanya pasar.

Menurutnya, sebagai permulaan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu sudah ditutup hari ini untuk kerja-kerja pembersihan dan pasar-pasar kecil lain juga digalakkan berbuat demikian.

“Sekarang ini pasar dibuka setiap hari. Barangan jualan hanya ditutup waktu malam dengan kanvas. Kita tidak tahu saki baki benda di sekitar pasar yang menjadi tempat pembiakan tikus dan sebagainya.

“Kita cadang ditutup sehari untuk membersihkannya secara betul-betul dan Insya-ALLAH tempat yang kita selalu pergi ini tidak lagi berbau,” katanya pada pelancaran Kempen Kelantanku Bersih dan Gotong-Royong Perdana ‘Jumpo Sapoh Kutip Jangan Tohok Koksey’ hari ini.

Program berlangsung di Dataran Bandar Raya itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Hussin.

Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama persatuan peniaga di negeri ini untuk pelaksanaan proses menutup operasi pasar sekitar Kelantan.

Kempen yang dijalankan hari ini melibatkan hampir 2,000 sukarelawan untuk membersihkan sekitar bandar Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: