Sultan Nazrin berkenan terima RM1.64 juta zakat perniagaan

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta daripada lima syarikat korporat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta daripada lima syarikat korporat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Sabtu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta daripada lima syarikat korporat di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.

Lima syarikat berkenaan adalah Bank Islam Malaysia Berhad menyerahkan zakat sebanyak RM520,000; CelcomDigi Berhad (RM419,454); Telekom Malaysia Berhad (RM309,855); Boustead Plantations Berhad (RM295,247) dan GB13 Group Sdn Bhd (RM100,000).

Kesemua syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2022.

Baginda kemudian menyerahkan semua cek zakat perniagaan itu kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Penyerahan itu bersempena majlis berbuka puasa bersama media, NGO, sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia.

Turut berkenan hadir ke majlis tersebut, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan anakanda, Raja Azlan Muzaffar Shah.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berbuka puasa bersama tetamu dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih secara berjemaah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubir.