JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan motosikal

JPJ Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya. - Gambar hiasan
JPJ Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya. - Gambar hiasan
A
A
A
SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya yang dijalankan oleh jabatan berkenaan, tiga hari lepas.

JPJ Selangor dalam kenyataan malam Jumaat berkata, dakwaan itu tular di media sosial menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ yang berada berdekatan dengan penunggang motosikal berkenaan yang terbaring di atas jalan.

Kenyataan itu menjelaskan dua pegawai yang berada di lokasi kejadian itu sebenarnya bertindak pantas memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas.



"Kejadian berlaku pada 5.40 petang, 28 Mac lepas, ketika sepasukan anggota JPJ Selangor sedang melakukan rondaan di sekitar KM4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Shah Alam. Apabila tiba di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal didapati terbaring di atas jalan raya akibat satu kemalangan.

"Tanpa membuang masa, pihak JPJ memberikan bantuan awal, mengawal lalu lintas di lokasi dengan meletakkan kon keselamatan serta terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan kecemasan paramedik," katanya.

Menurut kenyataan itu siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku disebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan sehingga terbabas, dan dia kini dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!