Guru agama maut tergelincir di Air Terjun Sungai Lasir

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, Terengganu, semalam.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, Terengganu, semalam.
A
A
A
HULU TERENGGANU - Seorang guru agama maut selepas tergelincir dari atas batu pada setinggi kira-kira lapan meter sebelum terjatuh ke dalam air di kawasan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa ialah Wan Ahmad Faiz Wan Mohamed@Adnan, 36, beralamat di Taman Sri Aman Dalam, Pasir Puteh yang merupakan guru agama tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa bersama 18 guru tahfiz yang lain dan enam pelajar menaiki rumah bot ke kawasan Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir untuk berkelah.

"Menurut saksi mangsa tergelincir dari atas batu kira-kira lapan meter dan terjatuh ke dalam air sedalam lebih kurang tiga meter lalu tenggelam. Rakan-rakan cuba untuk menyelamatkan mangsa namun mangsa didapati telah meninggal dunia.

"Terdapat kesan luka di kepala mangsa akibat terhentak pada batu. Mayat di bawa ke Hospital Hulu Terengganu jam 5.30 petang untuk bedah siasat," katanya.

Mangsa tergelincir dari atas batu pada setinggi kira-kira lapan meter sebelum terjatuh ke dalam air di kawasan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, semalam.
Mangsa tergelincir dari atas batu pada setinggi kira-kira lapan meter sebelum terjatuh ke dalam air di kawasan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, semalam.

Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.