Kanak-kanak tiga tahun terperangkap dalam kereta

Anggota bomba guna peralatan khas keluarkan kanak-kanak terkunci dalam sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak di Teluk Piah, Kuala Selangor pada Khamis.
Anggota bomba guna peralatan khas keluarkan kanak-kanak terkunci dalam sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak di Teluk Piah, Kuala Selangor pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Teluk Piah di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berada dalam kereta Proton Wira tertekan tombol kunci pintu dalam keadaan enjin kenderaan itu tidak dihidupkan.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudiannya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.52 petang.

"Setibanya di lokasi, kanak-kanak perempuan itu didapati masih terkunci dalam kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Morni berkata, kanak-kanak itu terperangkap dalam kenderaan itu kira-kira lima minit sebelum bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas

"Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya," ujar beliau.