Azizulhasni berpuasa 15 jam di Mallorca, Sepanyol

Azizulhasni ketika menjalani latihan di Velodrome Illes Balears, Mallorca, Sepanyol. - Foto Facebook Azizulhasni Awang.
Azizulhasni ketika menjalani latihan di Velodrome Illes Balears, Mallorca, Sepanyol. - Foto Facebook Azizulhasni Awang.
A
A
A

JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berdepan ujian mencabar untuk berpuasa selama kira-kira 15 jam sehari di bulan Ramadan ini.

Tempoh berpuasa yang panjang itu terpaksa dilalui oleh pelumba berusia 35 tahun itu kerana berada di Mallorca, sebuah pulau di Sepanyol berhampiran perairan Mediterranean bagi mengikuti kem latihan untuk perlumbaan di sekitar Eropah.

“Puasa di sini mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan keadaan cuaca yang mempunyai matahari panas tetapi dengan angin yang sejuk.

“Suhu minimum sekitar 8 celcius dan maksimum mencecah 25 celcius, malah masyarakat tempatan mengatakan sekarang adalah the best season of the year,” ujarnya menerusi catatan di Facebook pada Khamis.