Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bantuan Aidilfitri RM1,000

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan 3,796 penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM3.796 juta yang akan dibayar pada 14 April ini.

“Sempena menyambut Aidilfitri nanti, kita setuju berikan bantuan kepada semua penjawat awam negeri tidak termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022, kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar RM400 juta lebih, tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak 31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Beliau berkata, bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena menyambut ketibaan Aidilfitri tahun ini.