RMP bergerak dapat sambutan masyarakat Perlis


Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan di RMP bergerak di Bazar Ramadan Bintong pada Ahad.
Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan di RMP bergerak di Bazar Ramadan Bintong pada Ahad.
A
A
A

KANGAR - Rumah Makan Percuma (RMP) bergerak yang kali pertama dilancarkan mendapat sambutan ramai apabila makanan habis diedarkan dalam tempoh 15 minit sahaja di Bazar Ramadan Bintong, di sini pada Ahad.

Pengurus Projek Rumah Makan Bergerak Ayam Bismi 2023, Azuan Hadi Ismail berkata, sebanyak 250 bungkusan makanan diedarkan setiap hari sepanjang Ramadan kecuali Sabtu di sekitar Kedah dan Perlis.

Katanya, sebanyak 24 lokasi telah dipilih untuk menjayakan program RMP bergerak terbabit yang bertujuan untuk mendekati masyarakat di kedua-dua negeri ini.

"Pengasas Ayam Bismi iaitu Jaffri Ahmad, 59, dan isteri Mazlina Kamarudin, 56, mahu keluar daripada kebiasaan yang mana sebelum ini RMP beroperasi di lokasi kekal di Simpang Empat, Alor Setar.


RMP bergerak akan berada di 24 lokasi terpilih sepanjang Ramadan ini.
RMP bergerak akan berada di 24 lokasi terpilih sepanjang Ramadan ini.

"Jadi bila kita keluar pergi berjumpa dengan komuniti, lebih ramai masyarakat luar yang dapat manfaat daripada RMP ini," katanya.

Azuan Hadi berkata, sebagai permulaan pasukan RMP bergerak memilih Bazar Ramadan Bintong, di sini untuk mengedarkan makanan.

"Pada hari ini (Isnin) kita berada di Bazar Ramadan Taman Sena, Kangar, dan esok (Selasa) di Pasaraya Mydin Taman Batik di Sungai Petani, Kedah.


RMP di Simpang Empat, Alor Setar masih beroperasi seperti biasa secara bungkus.
RMP di Simpang Empat, Alor Setar masih beroperasi seperti biasa secara bungkus.

"Jadi kepada orang ramai yang berada berdekatan lokasi kami, boleh la hadir untuk dapatkan makanan yang disediakan," katanya.

Sementara itu, Azuan Hadi berkata, RMP di Simpang Empat, Alor Setar juga masih beroperasi seperti biasa secara bungkus sepanjang Ramadan ini kecuali hari Sabtu.