Tak perlu boikot nasi Padang: Sandiaga

Sandiaga (kanan) meminta penduduk di Jawa Barat tidak menjadikan kekalahan kem Jokowi-Ma'aruf sebagai alasan memboikot nasi Padang.
Sandiaga (kanan) meminta penduduk di Jawa Barat tidak menjadikan kekalahan kem Jokowi-Ma'aruf sebagai alasan memboikot nasi Padang.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Calon wakil Presiden (cawapres) nombor dua, Sandiaga Uno meminta penduduk Indonesia di Sumatera Barat supaya berfikiran matang dan tidak memboikot hidangan tradisi nasi Padang.

Gesaan untuk memboikot masakan itu dibuat susulan kekalahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dengan pasangannya Ma'aruf Amin semasa kiraan pantas tidak rasmi bagi wilayah itu.

Berdasarkan kiraan pantas bagi wilayah Sumatera Barat, pasangan Jokowi-Ma'aruf sekadar meraih 9.55 peratus manakala gandingan Subianto Prabowo-Sandiaga meraih 90.45 peratus undian popular.

"Isu boikot ini sepatutnya tidak ditimbulkan. Dalam soal ini, kita harus lebih dewasa.

"Kita mempunyai kulinari terbaik, rendang itu juara dunia...salah satu masakan yang popular.

"Hanya disebabkan Pilpres (Pilihan Raya Presiden), kita berpecah belah," kata Sandiaga di Pusat Media Kem Prabowo-Sandi di Jakarta Selatan, hari ini.

Justeru itu, Sandiaga meminta keputusan Pilpres di Sumatera Barat tidak dijadikan 'senjata' untuk memboikot masakan Padang kerana ia kelihatan keanak-anakan. - Detiknews

Artikel Berkaitan: